Ok I want to start a series of episodes about gelagat orang-orang kat sini.
Ada sorang kawan nie tanya, kenapa saya solat setiap kali mengadap arah yang sama. Saya pun bagitau la, itu arah yang kena muslim ikut. Tak citer panjang pun, sebab nanti dia pun pening nak paham. Rupanya dia dok perhati aje kita solat. Dulu-dulu ada bilik spare, boleh solat secara privacy. Tapi semenjak kemudahan tu ditarik balik, nak menapak ke surau kampus, yang jauhnye 2 blocks away (bukan 2 blok bangunan tau), terasa la penat dan rugi masa (lately nie masa itu emas). Last year I used to walk to the campus to perform the solah. Tapi semenjak ada bilik spare tu, solat aje la kat ofis. Tapi lepas ditarik balik, saya pun solat kat workstation aje. Tapi kat sini diorang tak kisah pun kita nak solat ke apa. Cuma diaorang curious aje laa...
Kat Brisbane nie aje ada 15 masjid. haaa...jangan tak caya... mmg ramai muslim kat sini. I remember during the first few months we arrived here. Rasa tak selesa sungguh bila tak dengar laungan azan. Yela, rumah my parents betul-betul belakang surau, sentiasa dengar azan. Lepas tu rumah sendiri, betul-betul di atas surau (duduk apartment laa). So bila sampai sini, aduhhh rindu betul dengan suara azan, dengan masjid. So ada suatu hari tu, we all singgal masjid kat Darra. Nampak aje kelibat masjid tu, terus rasa syahdu di hati. Adeh...tangkap leleh betul masa tu. Anyway... nak citer pasal masjid-masjid kat sini. Setakat nie baru dapat lawat masjid darra, west end, gold coast aje. Ada sorang kawan nie pulak ingat, nak solat aje kena gi masjid. Saya bagitau laa...tak kisah mana-mana, asalkan tempat tu bersih, dan mengadap arah yang betul (kiblat la tu).
Ok, part makan-makan pulak. Dulu tiap kali monthly meeting the research group, selalu la dapat lunch free. So everytime they would ask about our special diet. So dulu ada la jugak bagitau halal food, but they do not have any idea what is halal means. So nak senang bagitau aje la vegetarian. Jadi setiap kali meeting tu, mesti ada la vege sandwich kaa...vege pizza ke...sampai naik tensen ok. So one day, ada makan-makan thing, saya n Ida masak la bihun goreng. So ada la ayam n udang dlm mee tu. Baru la diorang tau kita nie makan gak daging. Tapi puas jugak la explain halal meat tu macam mana. Ada satu hari tu pulak, belanja la kengkawan gi makan pizza halal kat albert street tu. Haa.. ingat kitaorang tak makan pepperoni ke... janji halal maaa.... ingat kitaorang nie vegetarian ke.... Ida siap la cerita daging halal tu kena sembelih cara Islam laa... haiwan jenis apa bleh makan laaa.. pening jugak tengok muka kengkawan tu...ternganga2 nak paham..hahahahhaha
But it is very interesting being asked questions like this. We could convey and help others to understand Islam better. Yang penting kat sini memang jarang la diskriminasi berlaku, tak cakap takda, ada juga berlaku, but very little. Ala tengok mat salih kat sini pun ramai free thinker agaknya. Selalu tengok gereja kosong je ari ahad. Gereja2 pulak bukan main besar. My neighbour nie pun every sunday samada dia gi keje atau dia bawak anak dia main kat playground depan rumah nie...hehehe....
No comments:
Post a Comment