Pages

Wednesday, October 22, 2008

Beratnye hati ini...

Tinggal 5 hari lagi. Akan tibanya hari yang akan membawa banyak perubahan dalam hidupku. Akan bermulalah musim baru, dengan plot yang baru, watak yang baru serta pentas yang berbeza dari sebelumnya.


Banyak yang bermain dimindaku, di saat ini. Pelbagai persoalan yang tidak mungkin dapat dijawab dikala ini. Adapun soalan yang dapat diselesaikan, jawapannya kadang kala mengundang resah dihati ini. Namun ku selindungi keresahan ini disebalik kegembiraan. Kegembiraan yang mungkin akan tamat dalam masa 5 hari. Kunanti ketibaan hari 5 dengan perasaan bercampur baur.


Perjuanganku belum selesai. Jalanku masih jauh dihadapan. Jalan yang pastinya tidak akan lurus, serta bersimpang siur. Dugaan demi dugaan akan sentiasa datang, menguji keimanan, kesabaran serta kebijaksanaan ku. Apa yang boleh aku lakukan, kini dan seterusnya adalah memohan kehadrat Ilahi agar aku sentiasa tenang serta sabar dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang. Aku mohon semoga kewarasan ku terpelihara. Harapan aku hanya satu, perjalanan aku sentiasa ke depan, sehingga aku berjumpa garisan penamatnya.



Pasti ada sesuatu yang indah di penghujung jalan ini. Amin.

2 comments:

  1. u can do it..insya-allah..i'll pray for u dear friend. :) looking forward to meet Dr. Fazid in the near future.

    ReplyDelete