Pages

Monday, January 19, 2009

Katanya orientasi tapi.....

Ada banyak sebab kenapa kami pulang ke Malaysia. Yang paling utama ialah menguruskan persekolahan yaya. As a parents, we should be the one that handle yaya's school arrangement, though we owe a lot to my sistah, for helping preparing yaya's school uniforms, begs, stationeries etc. Thanks sistah. I owe u a lot.

Yaya school orientation was held on the 2nd of January, Friday. We need to be there before 8.30am, for there will be a taklimat given by the headmistress. Tapi, nie la nak kobar, apsal la tak menepati janji. It was written in the school letter, the briefing will start at 8.30am. Tapi kul 9.10 baru la cikgu-cikgu kanan datang. At least ada la courtesy untuk inform kami, parents yang datang awal nie, atas kelewatan tu. Haram. Lepas tu, sedikit pun takde kata-kata maaf dari cikgu-cikgu ini bila taklimat bermula. Takde la terasa hati, cume, as a professional, benda nie sepatutnya tak tinggal. Yg pelik nya, tiap-tiap tahun melalui proses yang sama, takkan kelang kabut lagi kan. That was what I felt, I am not expecting some attention, but at least, kalau dah lambat tu, ambil tau la keadaan, bagi maklumat ke.

Lepas tu tempat duduk tak cukup pulak. Part nie susah nak citer la, sebab rasanya kalau parents aje yg datang, cukup tempat duduk tu. Tapi kalau dah adik beradik sume ngikut, ada yang atok wan jugak ngikut, tu yg tak cukup tu...adehhh..... Bagus camtu, bagi motivasi dan galakkan untuk anak-anak...tapi bila dah berdiri lebih setengah jam...panas pulak tu...sape tak hangin kan... perkara kecik pun akan jadi besar...... adehhhh....Ok abis ngomel bab taklimat

Bila dah abis taklimat, semua pelajar pergi ke kelas. Ingatkan sesi orientasi ke, atau ice breaking. Tapi sesi kutip yuran sekolah. Kalau camtu baik yaya tak payah ikut. Pulak tu bila tiba giliran kami, kami bagi salam, boleh pulak cikgu tu tenung aje, tak jawab salam. Kami rasa ackward sangat, terkedu terus. Lepas tu cikgu tu mintak surat tawaran, tanye lencana nak berapa, dan bagitau bayaran. Itu pun bleh tanye baki duit berapa kat kami. Adeh..... kami rasa macam, eh betul ke kami kat sekolah nie. Lepas tu takde pulak cikgu tu cuba nak borak ngan yaya. Jadi kami memang rasa no point aje untuk yaya ada kat situ. Dah selesai urusan, perkataan terima kasih pun tak keluar dari mulut cikgu tu.

Bukan nak down grade la cikgu-cikgu kat sekolah tu. Tapi dah abad ke 21 nie, takkan budi bahasa semakin kurang. Dan kami juga bukan nak compare sekolah kat Brisbane dengan sekolah sana. Tapi layanan, dan etika cikgu sana dan sini memang ketara beza, walhal kita orang timur, tapi OZ kat sini lebih budi bahasa dari cikgu kat sana. Memang la bukan semua cikgu macam tu. Mungkin hanye segelintir aje yang macam ini. Tapi kalau cakap pasal professionalisme, nampak macam tak ikhlas aje menjalankan tugas. Di Brisbane, senyum memang tak lekang dari muka caucasian apabila berurusan. Walau keje cashier kat supermarket aje. Tak cukup senyuman, ucapan 'How are you', 'How'r u going' tak pernah kami TAK dengar. Abis urusan, siap doakan kesejahteraan kami lagi. Walhal kita, orang Islam, bagi salam awal pertemuan dan salam akhir pertemuan pun dah berdoa untuk orang yang kite jumpe kan. Cuba renung sejenak, kalau kengkawan berurusan di kaunter, ada kengkawan dengar ucapan terima kasih yang diberikan oleh pegawai kat kaunter?

Saya sudahi ngomelan ini dengan gambar yaya yg kebosanan semasa hari orientasi tu.



p.s. Kalau ada yang tersinggung, minta maaf ye. Tidak bermaksud untuk menyakitkan hati, tapi hanya memberi komen untuk meningkatkan lagi prestasi. Harap terima dengan fikiran yang terbuka.

14 comments:

  1. aku dah lama notice mende nih. americans yg diwarwarkan sebagai bangsa kurang hajar dan sebagainya, sebenarnya lebih bersopan santun dan menghormati orang LEBIH daripada orang Malaysia sendiri yang kononnya berbudaya timur, terkenal dengan budi bahasanya...uwekkkkkkkksss..

    ReplyDelete
  2. Yes, I was also surprise. Kalau tak berpeluang tinggal kat tempat orang, kita tak nampak ini. Bukan nak bangga2 kan negara orang, tapi kita nak orang kita lebih berbudi bahasa daripada mat dan minah salih nie. Satu benda yg aku kagum la dengan caucasian, bertapa sabarnya mereka dengan karenah anak-anak. Pernah witness beberapa insiden di mana, anak bertanya mak/abah nya macam-macam soalan, dan mak/abah akan menjawabnya sampai la anak tu diam. Aku bab ni masih lagi fail. Always brush aside whenever yaya keeps asking questions.

    Balik Malaysia baru2 ini aku notice 2 benda: 1. Greeting, dan sikap ramah orang2 kita, dan 2. Aku cam takut nak bawak kereta kat Mesia, seriau babe.

    Iza, promote la edible image kat sini :D

    ReplyDelete
  3. akak pun setuju bukan nak kondem bangsa sendiri tapi memaang lumrahnyer cam gitu

    ReplyDelete
  4. hehe..atas permintaan dan keizinan tuan rumah, aku nak promotelah sesiap yang nak order edible image untuk, cakes, cupcakes or cookies, silalah berkunjung ke http://hannah-edible-image.blogspot.com dijamin design akan memuaskan hati anda.

    ReplyDelete
  5. salam fazid,

    haha...sebagai guru, saya x hairan dengan rungutan itu. memang ada ramai di kalangan kami yg sebegitu. dan bila dikata x pro, melenting lah pulak. tapi, itu realiti.

    satu drpdnya, mungkin sebab kena datang ke sekolah pd 2 jan tu...kan coti lagi. sesama cekgu ni pun kalau bab kena datang dan orang lain x, muka sure gitu punya.

    di mana tempat yaya bersekolah ? saya x tanya nama sekolah pun..nak tau tempat aje. sayang gurunya sebegitu. memalukan..

    ReplyDelete
  6. salam faZID,

    satu lagi, saya baru setahun menjadi guru. pada usia menginjak 40 dan baru setahun, mestilah rasa rendah diri dengan pengalaman guru2 senior di sekolah meskipun umur saya lebih dewasa.

    tapi, dengan pengalaman bekerja di bidang retail, di kedai dan dibank, berurusan dengan orang awam, saya agak bangga keupayaan saya berurusan dengan ibu bapa di sekolah saya sekarang.

    saya pun berpendapat, kebanyakan rakan sejawatan dengan saya sekarang ini tidak berupaya berkomunikasi dengan sewajarnya sebagai seorang guru.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. cikgu jane, ada la sebuah sekolah kat seremban. mungkin cikgu tu sedang menghadapi masalah peribadi, tapi bila bertugas, kena la professional kan :D. anyway, saya percaya, ramai lagi cikgu yang berkaliber dan berhemah di luar sana. masa zaman persekolahan saya, saya dididik oleh guru-guru begitu, harap anak saya juga berpeluang dididik guru-guru seperti yang pernah saya alami.

    ReplyDelete
  9. fazid ... diorang kurang ilmu PR ... ilmu yang tak ada dalam buku ...

    tapi kena peka dan kena banyak bercampur dengan orang ...

    betul lah tuh ... kena rendah diri ...

    selalu cikgu yang senior nih ... ada EGO ... tak banyak ... sket ...

    ReplyDelete
  10. salam.. org2 kita ni 'ek' sikit... tu yg tak mau nye 'greeting'2 ke senyum2 ke.. mahal la konon hehhe

    kurangnye gambaran Islam pada individu kat msia kan..

    kat negara luar ni depa dah memang begitu.. rasa tenang je bila dengr depa 'greeting' senyum... bukan bermaksud apa2pun kan.. just as a normal human being..

    hi.. salam perkenalan..

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan rizza, orang Toowoomba ye :D

    ReplyDelete
  12. Salam fazid...
    anak aku baru setahun, dulu planning memang nak skolahkan dia kat dublin tapi terpaksa balik awal. Berdasarkan pengalaman pr ngan orang sana dan sini, perbezaan memang ketara, boleh dikatakan perangai orang di sana lebih islamic berbanding dengan orang di sini. Orang kita nama je islam tapi sedih bila sesetengah diorang jadik mcm tu. Mungkin mereka yang ada penyakit ni mempunyai banyak masalah peribadi mungkin. Kepada mereka yang sebangsa dan seagama dengan aku, ambil lah yang baik dan buang lah yang buruk. Berubah lah demi bangsa kita ..... bayangkan budak budak nakal kat dublin tu ( kitorang panggil anak doll) pon tau ckp excuse me dan Im sorry secara ikhlas bila mereka terlanggar or terbuat salah or nak interrupt.... pikirkan lah.....

    ReplyDelete
  13. yes torot, I agree with you....ada pernah sorang kawan berkata ngan kami, pengalaman dia masa kat US. Sadly, we see islamic when we are not in islamic country.
    Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada hambaNya.

    ReplyDelete
  14. sorry, but me myself pun prnh dgr ngomelan spt ini and prnh mengalaminya..

    anyway, itula beza org barat and org timur..org barat esp org christian or org kafir derang mmg tinggi budi bhs rather than our own societies..

    sorry again sape2 yg terasa..mmg takleh nk deny!! kn?

    ReplyDelete