Akhir-akhir nie, sering nampak artikel "Mengapa Yahudi Bijak" merata-rata, sama ada kat blog, orang forward email atau nota kat facebook. Rasa kurang selesa, kenapa kite nak ambil tahu amalan Yahudi, walhal amalan Islam, yang lagi benar, tidak pulak nak ambil tahu. Oh, mungkin kita tak tahu. Takpe, dah jadi tanggungjawab kita kan, sampai2 kan ilmu pada kengkawan, boleh tambah ilmu pengetahuan.
Jadi pada sapa2 yang belum baca artikel ni, sila la pergi kat sini ya... saya tak mau paste kat sini sebab rasa kurang selesa dengan research tu (kalau benar la ada research sebegini kan)...dah baca kang, patah sini balik, sebab ada benda saya nak komen laa....
haaa dah baca....Saya nak komen bahagian pemakanan tu laaa. Sebenarnya amalan makan buah sebelum makan tu sunnah nabi saw. Ya, mungkin ramai tak tahu kan, sebab kita dok ikut orang barat makan buah lepas makan (tapi kat sini, oz tak makan buah lepas makan, tapi makan kuih2 manis, dessert tu...hmmmm). Ok, makan kurma dan susu pun sunnah nabi juga. Nabi saw buka puasa dengan makan sebiji tamar dan minum air susu (menurut kawan arab, air itu seumpama susu dan yogurt, tapi rasanya manis). Lagi nak komen tentang amalan ketika mengandung, kan di dalam Islam, digalakkan ibu mengandung mengaji al Quran serta jaga pemakanan. Surah yang patut diamalkan, surah maryam, surah yusuf dan satu lagi surah yang saya pun lupe (ibrahim rasanya, minta kawan betul2kan kalau salah ya). Jadi apa la sangat dengan amalan yahudi tu kan, dah asalnya nabi junjungan kita yang buat. Cuma mungkin kita yang lalai.....
OK... lagi satu pasal geleng kepala tu.... saya ada baca artikel di mana ia membincangkan kelebihan bersolat dari segi saintifik (tak de dlm simpanan, mohon kengkawan yang tahu pasal artikel nie forward kepada saya ya), di mana kajian tersebut menunjukkan kelakuan sujud itu dapat mengembalikan kewarasan kepada kita, saya lupa sama ada disebabkan peredaran darah kembali ke otak, atau disebabkan oksigen. Tapi jelas di sini, bukan yahudi yang hebat kan....
ok..skrang baca pulak artikel nie...saya ambil dari sini .. ini pun dapat dari blog kak red diva merah..... ok renungkan lah....
----------------------------------------
Assalamualaikum.
Saya rasa perlu juga berkongsi pendapat dgn rakan pembaca beberapa pandangan.
1. Dalam suasana Yahudi mencengkam umat Islam Palestin sekarang tak perlulah dipuji dan dipuja golongan yang dilaknat oleh Allah SWT tersebut. Dalam Fatihah hari-hari kita baca “….bukan golongan yang dimurkai Allah ….(iaiatu Yahudi)…”
2. Tak salah untuk kita melihat nilai baik yang universal yang ada pada orang Yahudi. tapi hati-hati supaya kita tidak termasuk dalam perangkap Yahudi. Sebab itu Rasulullah SAW pernah bersabda: (bermaksud) ” kamu (nanti) akan menjadi pengikut golongan sebelum kamu (Yahudi) sejengkal, sehasta, akhirnya kelubang biawak ….”. Oleh itu kita kena bezakan diantara nilai universal yang baik dengan dakyah Yahudi untuk menyesatkan umat Islam.
3. Umat Islam mempunyai Kitab al-Qur’an dan al-Sunnah untuk dijadikan sumber rujukan dalam semua perkara. Terlalu banyak ayat dan Hadis yang menyuruh kita mengikut petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah yang kita dah tahu. Dizaman Nabi SAW dulupun baginda pernah melarang Umar al-Khattab menelaah Taurat ! Allahpun dah kata contoh tauladan yang terbaik ialah Rasulullah , dalam semua hal.
4. Ulama dan cerdikpandai Islam juga telah meninggalkan tradisi dan budaya atau carahidup yang cukup kaya dan terbukti berjaya untuk menjadi orang yang bijak dan cemerlang dalam semua bidang keilmuan. Malas nak sebut sebab terlalu ramai, dulu sampai sekarang. Cuma yang mendapat pengiktirafan itu Yahudi yang ramai. Tak hairan kerana dunia dikuasai oleh Yahudi. Mustahil Yahudi akan memberi pengiktirafan kepada tokoh dikalangan umat Islam. Kadang-kadang kita umat Islam sendiri yang ada rasa inferior bila berdepan dengan golongan Yahudi.
5. Tidak dinafikan sejarah umat Islam semakin hari semakin suram. Dulu, umat Islam hebat. Persoalannya, mahukah kita terus suram ?. Bila kita nak kembali kuat, apakah kita nak jadikan Yahudi sebagai model atau umat Islam yang kuat satu masu dulu sebagai model kita ?
6. Yahudi menggunakan apa jua wasilah (means) untuk membolot kuasa, ekonomi dsb. Bagi mereka tujuan menghalalkan cara. Salah satunya mereka mempunyai rangkaian untuk melobi kuasa dunia yang cukup efisen. jadi tak mustahil orang mereka naik bila bersaing dengan bangsa lain.
7. Bezakan juga antara barakah dengan semata-mata kejayaan dunia. Selain nak mengejar kejayaan dunia kita juga nak kejar kejayaan akhirat. Oleh itu masa, tenaga, wang ringgit kita tidak hanya untuk kejar dunia sepertimana Yahudi.
8. Walaupun ramai Yahudi yang berjaya, namun apakah mereka telah membawa keamanan dan kesejahteraan kepada dunia. Fikir-fikirkanlah.
-----------------------------
OK saya nak tambah. Ramai saintis pada zaman dahulu terdiri daripada orang Islam, contoh, Ibn Sina, Alkwarizmi, Ibn Kaldun, Al Farabi, yang mana saya ingat laaa... Malah mereka ini telah diiktiraf oleh saintis barat, serta dibincangkan dan ditulis di dalam pelbagai buku, seperti buku, History of Science oleh George Sarton (buku ini ada 10 jilid, cube nak khatam 1 jilid aritu, tapi tidak kesampaian).
Ok nie saya nak cari link kat wiki, bukti ramai para saintis Islam suatu ketika dulu....
http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_science
Persoalan: Adakah kita yang lalai???
Kalau ada kekurangan, mohon kongsi ya. Kita sama-sama belajar kan. Mempelajari ilmu satu tuntutan Islam.
totally agree with u. lagi satu amalan jangan makan ikan dengan ayam pada satu meal tuh. itu pun actually sunnah Rasulullah S.A.W. iza ada pernah terbaca. maka memanglah Rasulullah itulah sebaik-baik contoh untuk diikuti.
ReplyDeleteme pun 101% agree with u..nape nk mengagung2kn org yahudi..sedangkan amalan Nabi s.a.w lagi bgs dr depa..umat dia sendiri yg tak sedar dan tak praktik kn amalan2 tersebut..even para cendikiawan pun ramai jgk dari org Islam..
ReplyDeletehurmm actually me mmg tak yakin dgn research derang..mgkn ini salah satu kaedah untuk memesongkn kita umat islam? hurmm sendiri pk kn?
salam fazid,
ReplyDeletematlamat menghalalkan cara. - 6 tu,
mcm apa yg belaku di perak aje skarang...
we muslims tend to be in denial, bila ditegur melenting, ckp tak moden, kolot lah, but actually we tend to forget we are muslims and Islam is such a pure religion.Segala suruhan Allah ada sebabnya, just for us to really mendalaminyer
ReplyDelete