Ada banyak sebab kenapa kami pulang ke Malaysia. Yang paling utama ialah menguruskan persekolahan yaya. As a parents, we should be the one that handle yaya's school arrangement, though we owe a lot to my sistah, for helping preparing yaya's school uniforms, begs, stationeries etc. Thanks sistah. I owe u a lot.
Yaya school orientation was held on the 2nd of January, Friday. We need to be there before 8.30am, for there will be a taklimat given by the headmistress. Tapi, nie la nak kobar, apsal la tak menepati janji. It was written in the school letter, the briefing will start at 8.30am. Tapi kul 9.10 baru la cikgu-cikgu kanan datang. At least ada la courtesy untuk inform kami, parents yang datang awal nie, atas kelewatan tu. Haram. Lepas tu, sedikit pun takde kata-kata maaf dari cikgu-cikgu ini bila taklimat bermula. Takde la terasa hati, cume, as a professional, benda nie sepatutnya tak tinggal. Yg pelik nya, tiap-tiap tahun melalui proses yang sama, takkan kelang kabut lagi kan. That was what I felt, I am not expecting some attention, but at least, kalau dah lambat tu, ambil tau la keadaan, bagi maklumat ke.
Lepas tu tempat duduk tak cukup pulak. Part nie susah nak citer la, sebab rasanya kalau parents aje yg datang, cukup tempat duduk tu. Tapi kalau dah adik beradik sume ngikut, ada yang atok wan jugak ngikut, tu yg tak cukup tu...adehhh..... Bagus camtu, bagi motivasi dan galakkan untuk anak-anak...tapi bila dah berdiri lebih setengah jam...panas pulak tu...sape tak hangin kan... perkara kecik pun akan jadi besar...... adehhhh....Ok abis ngomel bab taklimat
Bila dah abis taklimat, semua pelajar pergi ke kelas. Ingatkan sesi orientasi ke, atau ice breaking. Tapi sesi kutip yuran sekolah. Kalau camtu baik yaya tak payah ikut. Pulak tu bila tiba giliran kami, kami bagi salam, boleh pulak cikgu tu tenung aje, tak jawab salam. Kami rasa ackward sangat, terkedu terus. Lepas tu cikgu tu mintak surat tawaran, tanye lencana nak berapa, dan bagitau bayaran. Itu pun bleh tanye baki duit berapa kat kami. Adeh..... kami rasa macam, eh betul ke kami kat sekolah nie. Lepas tu takde pulak cikgu tu cuba nak borak ngan yaya. Jadi kami memang rasa no point aje untuk yaya ada kat situ. Dah selesai urusan, perkataan terima kasih pun tak keluar dari mulut cikgu tu.
Bukan nak down grade la cikgu-cikgu kat sekolah tu. Tapi dah abad ke 21 nie, takkan budi bahasa semakin kurang. Dan kami juga bukan nak compare sekolah kat Brisbane dengan sekolah sana. Tapi layanan, dan etika cikgu sana dan sini memang ketara beza, walhal kita orang timur, tapi OZ kat sini lebih budi bahasa dari cikgu kat sana. Memang la bukan semua cikgu macam tu. Mungkin hanye segelintir aje yang macam ini. Tapi kalau cakap pasal professionalisme, nampak macam tak ikhlas aje menjalankan tugas. Di Brisbane, senyum memang tak lekang dari muka caucasian apabila berurusan. Walau keje cashier kat supermarket aje. Tak cukup senyuman, ucapan 'How are you', 'How'r u going' tak pernah kami TAK dengar. Abis urusan, siap doakan kesejahteraan kami lagi. Walhal kita, orang Islam, bagi salam awal pertemuan dan salam akhir pertemuan pun dah berdoa untuk orang yang kite jumpe kan. Cuba renung sejenak, kalau kengkawan berurusan di kaunter, ada kengkawan dengar ucapan terima kasih yang diberikan oleh pegawai kat kaunter?
Saya sudahi ngomelan ini dengan gambar yaya yg kebosanan semasa hari orientasi tu.
p.s. Kalau ada yang tersinggung, minta maaf ye. Tidak bermaksud untuk menyakitkan hati, tapi hanya memberi komen untuk meningkatkan lagi prestasi. Harap terima dengan fikiran yang terbuka.