Are you looking for specific information such as Halal food in Brisbane, where to shop until you drop, and cooking ala Brisbane, key-in any word that you think relevant in the search box:

Thursday, October 8, 2009

Turun naik, pusing pusing, kuar masuk...dan dia menangis di kerusi itu

Salam kengkawan n friends,

Apa daaa tajuk macam tu....heheehe.... ahahhaha sebenarnya itu la keadaan den 3-4 hari nie. Have started my data collection work on Monday. This week, I spent four days meeting with the IS users at Wisma Negeri, N9. Den turun naik tangga, masuk celah situ, celah sini, redah ofis orang...wakakkakaka kuar masuk pintu dan lif. Sampai pak guard kat main entrance tu tanye, nie dah baper kali nie. Today is the last day. Itupun ada gak yg belum serah lagi, tunggu diorang call dulu la baru gi ambil. Dah naik segan pulak den kuar masuk wisma tu. Cam keje kat situ la pulak. Lepas nie turun Melaka dan JB pulak.

Paneh betul skrang nie ya. Dok terbayang sirap air batu jek. Tapi kalau summer kat Brisbane tu, perrrghhhh tak usah citer laaaa....Rasa nak duduk bawah shower aje. Patut la dulu kengkawan selalu joke, tido malam rasa nak tido dlm bath tub aje. Kami dah 2 tahun rasa summer kat sana, mmg Malaysia kalah laa. Cuma Malaysia nie bila panas, kite berpeluhkan, tu yg jadi tak selesa tu. Apa-apa pun, Malaysia tetap best...tetiba... :p owwwwhhhh mana nak carik sirap air batu nie......

Saje je nak meriahkan rumah siber den nie. Eh haritu den bawak yaya gi dentist. Gigi atas pulak yg berlapis. Haritu dah cabut dua gigi yg bawah kan. Haa yg nie belah atas pulak. Dan ada lagi dua kat belah bawah dah berlapis gak....adehhhh.... Jadi kisahnye, suatu hari tu, den pun bawak la si yaya nie gi dentist. Sebelum tu kawan tu dah pesan, dia taknak cabut 2 gigi, "satu aje ma..ok...satu aje...". Pengalaman lepas masih menghantui dia....ahahhahah... Yg dulu tu, kawan tu steady la kan, sebab dia tak tau apa yg akan berlaku. So this time, she knew what is going to happen, jadi bila masuk aje klinik gigi tu, muke kawan tu dah berubah. Tapi yaya masih lagi being brave la.

Akak kat kaunter pendaftaran tu pun suh la masuk bilik no 3. Dan kami pun jalan la terkedek-kedek ke bilik no 3 tu. Masuk aje dalam, cerita itu ini ngan doktor, doktor pun suh la yaya duduk kat kerusi rawatan tu. Masa tu tengok muka yaya dah cuak dah. Doktor suh bukak mulut, dia bukak. Doktor pun citer la apa dia nak buat. Kawan senyap aje. "Ok puan, nak cabut yg bawah ke atas?" "Yang atas la doktor, ada satu tu dah longgar." "OK, tapi kena cabut dua-dua ye. Nanti lagi 3 4 hari puan datang lagi kite cabut yang bawah pulak". Tu dia, mata yaya dah buntang pandang lampu kat atas kepala dia tu.

Doktor pun mula la buat persediaan. Saat nak inject jek, yaya cakap, "mama, yaya tak nak cabut 2." "OK, satu aje." Terpaksa den menipu kawan tu aritu. "OK adik, tarik nafas kat hidung ye, bismillah...." Doktor pun tekan la picagari tu, sekali kawan menjerit, "aaaahhhhhh...sakitttt....." dan terus menangis. Makin lama makin kuat, dan terus melalak kat atas kerusi rawat tu. Puas doktor, dan pembantunya pujuk. Den lagi laaa...tak gheti memujuk. So akhirnya, terpaksa la batalkan aje rancangan nak merongakkan 2 gigi yaya tu. Kawan tu tak nak dah, macam dah takde peluang aje nampaknye. Adehhh...susah hati gak nie. Kat bawah tu 2 batang menanti, atas 2. Kalau cabut kat Brisbane, ratus ratus kena nie. Alamatnye kena la standby playar, cabut gigi yaya nanti. wahahhahahaha.....

On the way back to teratak ayahbonda, kena bebel la si yaya tu. Muka dia pun dah bersalah. Tak banyak pun den kasi, sikit jek. Dia pun dah besar, pandai pikir sendiri. But deep down I know she feels guilty. Tapi den dah kasi umpan Slurpee siap-siap dah, sian tengok bibir dia swollen sebab ubat tu kan. Tapi yela, kite dulu pun takut gak bila kena jumpe doktor gigi. Ntah apa stigma orang bagi kat doktor gigi nie, dengar aje doktor gigi, mesti naik bulu roma. Sampai skrang, kalau dah sakit sangat baru den carik doktor gigi. OK sambung citer yaya, dengan rasa bersalahnya, kawan tu pun dok la goyangkan gigi dia yang sebutir memang dah goyang tu. Dari petang, sampai ke malam. Tiba-tiba.....

"Mama....dah kuar dah mama" yaya datang berlari ke arah den yang sedang follow citer kengkawan kat fesbuk, sambil memegang sebatang gigi kat tangan kiri. Kawan pun nganga la tunjuk kat den tempat kejadian tu..ahahhahahah... mulut kawan tu pun penuh ngan yong tau foo den beli kat pasar malam ampangan nie haa.... "haaaa....bagus2.....nanti kakak goyang-goyang yang lain jugak ye"....wakakkakakakaka.....




Si adik pun sibuk nak nganga mulut. Tapi kena bawak jumpe doktor gigi gak nie, sebab yang berlapis kat bawah tu mmg takde tanda-tanda akan longgar nih.....adehhh....camne nak pujuk ye kengkawan.....

yours truly,

2 comments:

attyfir said...

yahuu..berjaya gak yaya cabutkan gigi nya .ye lah ..kalo berlapis..kan tak cun nanti..yaya .gudgirl..

fazid said...

tu la kakty....tapi yang kat belah bawah tu takde tanda2 goyong pun...hmmmm