Are you looking for specific information such as Halal food in Brisbane, where to shop until you drop, and cooking ala Brisbane, key-in any word that you think relevant in the search box:

Monday, October 19, 2009

Meeting old friends

Days passing by quickly, I have about 2 weeks more left to complete what I have already planned to do. I think I have done 40% of the list (I hope), sempat kot 2 weeks to reach 100% (tetiba rasa bulu roma naik kat tengkuk nie...wakakakakka).

Works but no play makes you a very boring person kan..ahahahhaha so lame. On weekdays, we can't do anything much, for yaya is at school. Thus, our weekends, so far, were hectic, mostly attending open houses, visiting relatives and some old friends. Talking about friends, thanks to these social network platforms that help us in reuniting long lost friends, from everywhere around the globe. So this raya, we took the opportunity to see some of our long lost friends.



Liza, old friends from Jasin. We lived in the same neighbourhood, so technically we are neighbours. The last time we met was before leaving school, lama betul. We got the chance to savour her famous mee rebus, fuhhh....sodap. I was practically full, rugi tak dapat makan banyak ahahahha.... Should have fast at least half of the day :D. Thanks Liza, buat susah-susah aje masak, (tapi kena bagitau awal2 nak datang, because pantang Liza kalau muncul aje kat depan rumah kan ...hehehhehe...)




Between visiting relatives houses, able to squeeze a little time to see Achu, my sparring partner. Itu pun janji pukul berapa, akhirnya dapat jumpe pukul berapa. Berapa kali call bagitau change of time. Alhamdullilah, dapat gak jumpa ye Achu.



Then last week, since I have to cancelled my trips to Malacca and JayBee, and coincidentally Gee who is working in Kelantan, attended conference in Putrajaya and Iza from JayBee had exhibition in Subang, and with few other friends who is living as far as Klang, came down to Putrajaya, and we met at Alamanda. There are my university friends. Some good friends are organising a reunion, this 24th, so we talked mostly about the big event. We left our uni, 10 years ago. It is about time to organise reunion. Owwhh...Iza used to frequent my blog, she was a blogger, now blog dia pun dah bersawang nampaknye. I guess bila balik tanah air nie, kekeringan idea (macam den gak). From bottom left, Baya, nie kawan gaduh, nangis, ketawa :D, glad that we still keep in touch, blog Ilham Mira tu dia la empunyanya and that sweet little girl is the only daughter of Baya; next to Baya's only princess Yu, my first year roommate, her recent achievement is gave birth to triplet, she has 6 boys in total, den mmg kagum kawan2 sebaya yang anak lebih 3 nie, hebat-hebat; that guy far back in the picture is YB Marshar, we called YB sebab kuat politik tu, dari zaman uni, sampai sekarang, mane tau masin mulut kitaorang nie kan; going down, lady in black skarf, Gee, my advisor during saat-saat genting buat PhD nie. Kalau tengah down, mesti carik dia, because she is always on line, well kalau tak down pun slalau gak kacau dia..ahahahhahah; the man yang diapit oleh dua orang ladies, Aca, we were not very close, bila ada aktiviti kat uni je baru borak-borak :D and last but not least, Iza, our entrepreneur lady, sebab macam-macam business dia venture, remember one time, I advertised her sugar paste tu. Hope to see them again this 24th.



Yu (refer above) is working at MAMPU. I am lucky I have a friend who is working there, ada research material nak carik kat library MAMPU tu. So a day after Alamanda meeting, we met again, nak pinjam buku kat MAMPU. Sape sangka Yu nie pun layan rock macam den, sebab dulu Yu bertudung labuh... I caught her one day, playing my alternative cassettes on my radio ahahahahhahahah



And last night, we lepak at one of the mapley in Seremban, met up with some old Georgians friends. Ini ladies only picture, ada men aka husband group gak, tapi den tak snap, diorang tgh sibuk borak2, malas kacau. Next to me, Fitah, infront Fitah, Jas, aka jyss @ jipang, she is now back in Malaysia for good, but tabik dia sebab ada idea lagi update blog tu..ahahahhaha; and last but not least, Amai, her mom is also my mom's friend so a common story that we shared (amai n me) is she was born 2 days before me, hospital sama, so mak cakap, hari mak masuk hospital, aunty A kuar hospital...hahhaha...

Tu yang sempat jumpe. Ada lagi kawan-kawan lama yang nak jumpe nie. Very hopeful I will able to see them. Itu aje la cerita seminggu sekali den nie. Enjoy the rest of the week friends.

yours truly,

Tuesday, October 13, 2009

Gelagat orang dan citer makan-makan yang sudah semestinya ada...

Tengah buat data collection nie, although it was very tiring, tapi seronoknye dapat jumpe user yang citer macam-macam, baik dari segi sistem yang sedang dinilai tu, sampai la citer raye. Den nie pulak mmg suka berborak, bila user tau den nie datang dari Australia, lagi la panjang citer nye. Yang kelakarnye, masa mula-mula nak start communication tu, diorang macam layan tak layan la den nie, sebab den tau, kalau den cakap student, mesti diorang ambil endah tak endah aje. Tapi bila den citer den nie keje kat so-and-so, sambung belajar PhD, baru la diorang layan den macam kakitangan. Ini lumrah alam la nie, den pun mmg expect benda macam nie berlaku. Jadi den anggap nie semua learning process. Manusia nie macam-macam ragam, macam-macam persepsi, macam-macam fikiran. So den kena la professional kan... wakakkakaka...takpe...den tak kisah. Jadi den layankan aje....

OK ..dalam borak punye borak tu dengan pelbagai user nie, yang lawaknye, bila den kata den sambung buat phd, remark yang diorang bagi, issshhh muda-muda dah buat phd.... den reply, "ehhh tak puan, saya dah tua nie, anak dah dua". "haaa anak dah dua, yang tua baper tahun?". "sekolah dah, darjah 1".... "laaaa umur berapa nie? ".. sambil sengih-sengih, "XXX" (ceh XXX kunun wakakakkakakakk...den bagitau la kat user2 tu, kat sini den tak disclose laaa :D)

OK tu bab umur, bab lain, diorang banyak tanye pasal makan la kat sana. Halal tak? Makan macammana? ada sorang tanye "KFC sume ada kan...". "Ada, tapi tak Halal"."Iye...laaa....macammana sini boleh halal pulak". "Sana ada daging tu la puan." "Ohhhhh....." Diorang pun kesian tengok den buat muka kesian..wakakakkakak....

Issshhh macam-macam citer lagi laaa.... hilang penat den naik turun tangga kejar user nie, bila dilayan macam tu sekali. Tapi kalau diorang offer sirap limau air batu lagi best...wakakakkakaa

OK... balik kali nie den tak merayau sangat, macam-macam keje kena buat. Ini pun banyak lagi nak kena buat. Lepas tu ngan kejadian cirit birit raya haritu, kena conjukvitis pulak kami 3 beranak minggu lepas. Memang tak ke mana sangat la kami. Lagi misi mencarik makan pun kurang kali nie, maybe sebab dah banyak kali pulang Malaysia kot. Apa-apa pun ada gak la yg kami teringin....



Dah ada Manhattan FM kat Jusco Seremban laa....mussels garlic butter die mmg marvelous.



Satay R&K...jangan tanye den R&K tu apa maksudnye. Yang den tau satay dia memang sedap. Dah lama jadi klien nie. Kuah kacang dia yg paling sedap, daging satay rasa manis, tak rasa ubat (setengah2 satay tu terasa ubat pelembut daging tu). Fuhyooo....satay....



aaaa yang nie den beli kat pasar malam yo.... banyak2 yong tau foo yang den pernah rasa, 2 tempat je den rasa yong tau foo dia orang tak bleh celen punye.... satu kat plaza kotaraya JB (tak tau ado lai ke tak nie), lagi satu kat foodcourt The Mines. Yang kat JB tu, sup dia mmg sedap, lepas tu kuah dia mmg macam yong tau foo cina punye...alamak susah pulak nak explain. Kalau sempat kat JB nanti den gi terjah, kalau ada lagi laaa. Yang kat The Mines tu, special dia, sebab dia goreng dulu semua Tau Foo yang kita ambil tu, so dia garing2 sikit la. Sedappp.... adehhhh....
eh kengkawan.....tau tak resepi kuah yong tau foo nie.... kalau tau...sudi la share ngan den yo....hehehehhe

Itu aje la citer hari nie...Minggu nie den ke JB, insyaAllah. Sempat kang den citer lai yo...

yours truly,

Saturday, October 10, 2009

Semalam tengok Papadom

Semalam den tengok PapaDom. Fullhouse kengkawan.... Citer memang best giler. Dari awal citer, sampai hujung, memang best, sampai tak perasan 2 jam berlalu. Cerita dia pasal kasihnya sorang ayah pada anaknye. Sampai susah nak berenggeng, risau akan keselamatan anak dan tak nak anak susah. I guess nowadays with all the social problem out there, we tend to be over protective on our children. And I am totally agree with the storyline. Nothing superficial. Sedih pun ada, gua tangkap leleh babe...ahahahahha...

So korang, gi la tengok. Kalau tak, rugiiiiii. Seriusnye. Tapi korang, jangan la beli cetak rompak ye, tu ibarat mencuri. Jangan la mengayakan pihak-pihak yang tak bertanggungjawab tu, umpama parasit dan lintah. Kalau korang beli, korang pun macam parasit dan lintah gak.... Ingat!!

Tu dia...bukan apa, sokong la industri tempatan sikit. Kalau bukan kita, siapa lagi kan (sedih la bila dengar citer orang cetak rompak Upin dan Ipin tu....isssshhhhhhhhh)



Gambar dicilok dari Selambakodok (Afdlin personal website).


yours truly,

Thursday, October 8, 2009

Turun naik, pusing pusing, kuar masuk...dan dia menangis di kerusi itu

Salam kengkawan n friends,

Apa daaa tajuk macam tu....heheehe.... ahahhaha sebenarnya itu la keadaan den 3-4 hari nie. Have started my data collection work on Monday. This week, I spent four days meeting with the IS users at Wisma Negeri, N9. Den turun naik tangga, masuk celah situ, celah sini, redah ofis orang...wakakkakaka kuar masuk pintu dan lif. Sampai pak guard kat main entrance tu tanye, nie dah baper kali nie. Today is the last day. Itupun ada gak yg belum serah lagi, tunggu diorang call dulu la baru gi ambil. Dah naik segan pulak den kuar masuk wisma tu. Cam keje kat situ la pulak. Lepas nie turun Melaka dan JB pulak.

Paneh betul skrang nie ya. Dok terbayang sirap air batu jek. Tapi kalau summer kat Brisbane tu, perrrghhhh tak usah citer laaaa....Rasa nak duduk bawah shower aje. Patut la dulu kengkawan selalu joke, tido malam rasa nak tido dlm bath tub aje. Kami dah 2 tahun rasa summer kat sana, mmg Malaysia kalah laa. Cuma Malaysia nie bila panas, kite berpeluhkan, tu yg jadi tak selesa tu. Apa-apa pun, Malaysia tetap best...tetiba... :p owwwwhhhh mana nak carik sirap air batu nie......

Saje je nak meriahkan rumah siber den nie. Eh haritu den bawak yaya gi dentist. Gigi atas pulak yg berlapis. Haritu dah cabut dua gigi yg bawah kan. Haa yg nie belah atas pulak. Dan ada lagi dua kat belah bawah dah berlapis gak....adehhhh.... Jadi kisahnye, suatu hari tu, den pun bawak la si yaya nie gi dentist. Sebelum tu kawan tu dah pesan, dia taknak cabut 2 gigi, "satu aje ma..ok...satu aje...". Pengalaman lepas masih menghantui dia....ahahhahah... Yg dulu tu, kawan tu steady la kan, sebab dia tak tau apa yg akan berlaku. So this time, she knew what is going to happen, jadi bila masuk aje klinik gigi tu, muke kawan tu dah berubah. Tapi yaya masih lagi being brave la.

Akak kat kaunter pendaftaran tu pun suh la masuk bilik no 3. Dan kami pun jalan la terkedek-kedek ke bilik no 3 tu. Masuk aje dalam, cerita itu ini ngan doktor, doktor pun suh la yaya duduk kat kerusi rawatan tu. Masa tu tengok muka yaya dah cuak dah. Doktor suh bukak mulut, dia bukak. Doktor pun citer la apa dia nak buat. Kawan senyap aje. "Ok puan, nak cabut yg bawah ke atas?" "Yang atas la doktor, ada satu tu dah longgar." "OK, tapi kena cabut dua-dua ye. Nanti lagi 3 4 hari puan datang lagi kite cabut yang bawah pulak". Tu dia, mata yaya dah buntang pandang lampu kat atas kepala dia tu.

Doktor pun mula la buat persediaan. Saat nak inject jek, yaya cakap, "mama, yaya tak nak cabut 2." "OK, satu aje." Terpaksa den menipu kawan tu aritu. "OK adik, tarik nafas kat hidung ye, bismillah...." Doktor pun tekan la picagari tu, sekali kawan menjerit, "aaaahhhhhh...sakitttt....." dan terus menangis. Makin lama makin kuat, dan terus melalak kat atas kerusi rawat tu. Puas doktor, dan pembantunya pujuk. Den lagi laaa...tak gheti memujuk. So akhirnya, terpaksa la batalkan aje rancangan nak merongakkan 2 gigi yaya tu. Kawan tu tak nak dah, macam dah takde peluang aje nampaknye. Adehhh...susah hati gak nie. Kat bawah tu 2 batang menanti, atas 2. Kalau cabut kat Brisbane, ratus ratus kena nie. Alamatnye kena la standby playar, cabut gigi yaya nanti. wahahhahahaha.....

On the way back to teratak ayahbonda, kena bebel la si yaya tu. Muka dia pun dah bersalah. Tak banyak pun den kasi, sikit jek. Dia pun dah besar, pandai pikir sendiri. But deep down I know she feels guilty. Tapi den dah kasi umpan Slurpee siap-siap dah, sian tengok bibir dia swollen sebab ubat tu kan. Tapi yela, kite dulu pun takut gak bila kena jumpe doktor gigi. Ntah apa stigma orang bagi kat doktor gigi nie, dengar aje doktor gigi, mesti naik bulu roma. Sampai skrang, kalau dah sakit sangat baru den carik doktor gigi. OK sambung citer yaya, dengan rasa bersalahnya, kawan tu pun dok la goyangkan gigi dia yang sebutir memang dah goyang tu. Dari petang, sampai ke malam. Tiba-tiba.....

"Mama....dah kuar dah mama" yaya datang berlari ke arah den yang sedang follow citer kengkawan kat fesbuk, sambil memegang sebatang gigi kat tangan kiri. Kawan pun nganga la tunjuk kat den tempat kejadian tu..ahahhahahah... mulut kawan tu pun penuh ngan yong tau foo den beli kat pasar malam ampangan nie haa.... "haaaa....bagus2.....nanti kakak goyang-goyang yang lain jugak ye"....wakakkakakakaka.....




Si adik pun sibuk nak nganga mulut. Tapi kena bawak jumpe doktor gigi gak nie, sebab yang berlapis kat bawah tu mmg takde tanda-tanda akan longgar nih.....adehhh....camne nak pujuk ye kengkawan.....

yours truly,