Are you looking for specific information such as Halal food in Brisbane, where to shop until you drop, and cooking ala Brisbane, key-in any word that you think relevant in the search box:
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, February 12, 2009

Renungan: Membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari

From the Malaysian Student's mailing list again.
--------------------------------------------
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.

Wednesday, February 11, 2009

Mungkinkah kita terpedaya...

Thank you all, for your comment about yesterday's entry. We have a Malaysian Student's mailing list here in Brisbane as a means of communication, and recently a member has forwarded that yahudi article thru the mailing list. Soon, a student replied the email with some interesting remarks. Kudos to him for sharing the information.
-------------------------------------------------

1. Ada artikel yang berkaitan dengan artikel ini: http://bedtimestori e.blogspot. com/2009/ 02/who-fish- is-dr-stephen- carr-leon. html

2. Pada mulanya saya macam nak percaya juga artikel ini, tapi tangan ni dah macam automatic pulak gatal nak melakukan verification maklumat. Maka di-google-kan apa2 yang boleh di-google-kan. Sangat sukar untuk mencari thesis itu dan tuan punya diri Stephen Leon Carr. Mungkin ada, cuma tak jumpa lagi.

3. I also found someone named Reuben Stephen Carr. He's a rabbi (Jewish priest). Yes, he wrote many books on how to raise a child for jewish people. It's good to learn how different nations raise their children - Jewish, Arabs, German, Jepun, Singapore, Australia, American, etc. Setiap bangsa ada kelebihannya. Hikmat itu seperti barang yang hilang bagi mukmin. i.e wherever you find hikmah, that's yours. However, I think it would be better to study what Islam says first. There is a nice book by Abdullah Nasih Ulwan titled "Pendidikan Anak-anak dalam Islam." It covers from before the birth till adult life. You'll be surprise how detail it is to produce a warrior. It is the parent who will be tired, not the child.

4. Ada beberapa artikel pendek. Antaranya, artikel ni dari Pejabat Mufti Brunei. http://www.brunet. bn/gov/mufti/ alhadaf/sept98/ h_medan.htm Dan satu lagi dari http://www.ismaweb. net/v2/Article22 0.html .

5. Treat this as another training for us to identify hoax information in the information highways. Use google to check, and if you are still not satisfied, go make telephone calls to the physical authority (if it is possible to do that). Do not fully trust this virtual world, full of lies and some truth (or may be the other way around?). It's a storage and a medium used by all type of people to transmit what they know and also what they don't really know, with various intent and goals. Happy Internet-ting.
------------------------------

Tuesday, February 10, 2009

Sape lagi bijak? Sape makin lalai?

Akhir-akhir nie, sering nampak artikel "Mengapa Yahudi Bijak" merata-rata, sama ada kat blog, orang forward email atau nota kat facebook. Rasa kurang selesa, kenapa kite nak ambil tahu amalan Yahudi, walhal amalan Islam, yang lagi benar, tidak pulak nak ambil tahu. Oh, mungkin kita tak tahu. Takpe, dah jadi tanggungjawab kita kan, sampai2 kan ilmu pada kengkawan, boleh tambah ilmu pengetahuan.

Jadi pada sapa2 yang belum baca artikel ni, sila la pergi kat sini ya... saya tak mau paste kat sini sebab rasa kurang selesa dengan research tu (kalau benar la ada research sebegini kan)...dah baca kang, patah sini balik, sebab ada benda saya nak komen laa....

haaa dah baca....Saya nak komen bahagian pemakanan tu laaa. Sebenarnya amalan makan buah sebelum makan tu sunnah nabi saw. Ya, mungkin ramai tak tahu kan, sebab kita dok ikut orang barat makan buah lepas makan (tapi kat sini, oz tak makan buah lepas makan, tapi makan kuih2 manis, dessert tu...hmmmm). Ok, makan kurma dan susu pun sunnah nabi juga. Nabi saw buka puasa dengan makan sebiji tamar dan minum air susu (menurut kawan arab, air itu seumpama susu dan yogurt, tapi rasanya manis). Lagi nak komen tentang amalan ketika mengandung, kan di dalam Islam, digalakkan ibu mengandung mengaji al Quran serta jaga pemakanan. Surah yang patut diamalkan, surah maryam, surah yusuf dan satu lagi surah yang saya pun lupe (ibrahim rasanya, minta kawan betul2kan kalau salah ya). Jadi apa la sangat dengan amalan yahudi tu kan, dah asalnya nabi junjungan kita yang buat. Cuma mungkin kita yang lalai.....

OK... lagi satu pasal geleng kepala tu.... saya ada baca artikel di mana ia membincangkan kelebihan bersolat dari segi saintifik (tak de dlm simpanan, mohon kengkawan yang tahu pasal artikel nie forward kepada saya ya), di mana kajian tersebut menunjukkan kelakuan sujud itu dapat mengembalikan kewarasan kepada kita, saya lupa sama ada disebabkan peredaran darah kembali ke otak, atau disebabkan oksigen. Tapi jelas di sini, bukan yahudi yang hebat kan....

ok..skrang baca pulak artikel nie...saya ambil dari sini .. ini pun dapat dari blog kak red diva merah..... ok renungkan lah....
----------------------------------------
Assalamualaikum.

Saya rasa perlu juga berkongsi pendapat dgn rakan pembaca beberapa pandangan.

1. Dalam suasana Yahudi mencengkam umat Islam Palestin sekarang tak perlulah dipuji dan dipuja golongan yang dilaknat oleh Allah SWT tersebut. Dalam Fatihah hari-hari kita baca “….bukan golongan yang dimurkai Allah ….(iaiatu Yahudi)…”

2. Tak salah untuk kita melihat nilai baik yang universal yang ada pada orang Yahudi. tapi hati-hati supaya kita tidak termasuk dalam perangkap Yahudi. Sebab itu Rasulullah SAW pernah bersabda: (bermaksud) ” kamu (nanti) akan menjadi pengikut golongan sebelum kamu (Yahudi) sejengkal, sehasta, akhirnya kelubang biawak ….”. Oleh itu kita kena bezakan diantara nilai universal yang baik dengan dakyah Yahudi untuk menyesatkan umat Islam.

3. Umat Islam mempunyai Kitab al-Qur’an dan al-Sunnah untuk dijadikan sumber rujukan dalam semua perkara. Terlalu banyak ayat dan Hadis yang menyuruh kita mengikut petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah yang kita dah tahu. Dizaman Nabi SAW dulupun baginda pernah melarang Umar al-Khattab menelaah Taurat ! Allahpun dah kata contoh tauladan yang terbaik ialah Rasulullah , dalam semua hal.

4. Ulama dan cerdikpandai Islam juga telah meninggalkan tradisi dan budaya atau carahidup yang cukup kaya dan terbukti berjaya untuk menjadi orang yang bijak dan cemerlang dalam semua bidang keilmuan. Malas nak sebut sebab terlalu ramai, dulu sampai sekarang. Cuma yang mendapat pengiktirafan itu Yahudi yang ramai. Tak hairan kerana dunia dikuasai oleh Yahudi. Mustahil Yahudi akan memberi pengiktirafan kepada tokoh dikalangan umat Islam. Kadang-kadang kita umat Islam sendiri yang ada rasa inferior bila berdepan dengan golongan Yahudi.

5. Tidak dinafikan sejarah umat Islam semakin hari semakin suram. Dulu, umat Islam hebat. Persoalannya, mahukah kita terus suram ?. Bila kita nak kembali kuat, apakah kita nak jadikan Yahudi sebagai model atau umat Islam yang kuat satu masu dulu sebagai model kita ?

6. Yahudi menggunakan apa jua wasilah (means) untuk membolot kuasa, ekonomi dsb. Bagi mereka tujuan menghalalkan cara. Salah satunya mereka mempunyai rangkaian untuk melobi kuasa dunia yang cukup efisen. jadi tak mustahil orang mereka naik bila bersaing dengan bangsa lain.

7. Bezakan juga antara barakah dengan semata-mata kejayaan dunia. Selain nak mengejar kejayaan dunia kita juga nak kejar kejayaan akhirat. Oleh itu masa, tenaga, wang ringgit kita tidak hanya untuk kejar dunia sepertimana Yahudi.

8. Walaupun ramai Yahudi yang berjaya, namun apakah mereka telah membawa keamanan dan kesejahteraan kepada dunia. Fikir-fikirkanlah.

-----------------------------
OK saya nak tambah. Ramai saintis pada zaman dahulu terdiri daripada orang Islam, contoh, Ibn Sina, Alkwarizmi, Ibn Kaldun, Al Farabi, yang mana saya ingat laaa... Malah mereka ini telah diiktiraf oleh saintis barat, serta dibincangkan dan ditulis di dalam pelbagai buku, seperti buku, History of Science oleh George Sarton (buku ini ada 10 jilid, cube nak khatam 1 jilid aritu, tapi tidak kesampaian).

Ok nie saya nak cari link kat wiki, bukti ramai para saintis Islam suatu ketika dulu....
http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_science

Persoalan: Adakah kita yang lalai???

Kalau ada kekurangan, mohon kongsi ya. Kita sama-sama belajar kan. Mempelajari ilmu satu tuntutan Islam.