Are you looking for specific information such as Halal food in Brisbane, where to shop until you drop, and cooking ala Brisbane, key-in any word that you think relevant in the search box:

Sunday, July 4, 2010

Kadang-kadang kita lupa...

Semenjak dua menjak nie terasa diri macam zombie, buntu, tak tau nak buat ape, takde perasaan, memang rasa jiwa nie kosong. Diri sendiri pun sedar apa yg berlaku, tapi tak tau apa nak buat. Rasa macam hilang sesuatu, tapi tak tau kat mana nak cari. Nak kata sedih, tak pulak rasa sedih. Nak kata gembira, tapi kenapa tak bersemangat. Agaknya macam nie perasaan orang yang sedang buntu ya. Fikiran pun jadi keliru. Hati pulak kadang-kadang rasa tenang, kadang-kadang rasa tak keruan.

Nasib baik yaya cuti sekolah, riuh juga la rumah nie, semangat sikit nak buat keje. Tak le duduk termenung, tapi fikirkan apa pun, tak tau. Rasa otak nie bekerja, cuma tak tau apa yang diprosesnya, tak tau hujung dan pangkalnye. Tu yang kata zombie tu. Lagi la bertambah gelisah bila tak boleh mengadap dan mengadu pada Allah.

Ya Allah, kau berikanlah aku ketenangan dan ketabahan untuk menyiapkan kerja-kerja ku di sini. Permudahkanlah segala urusan ku, dunia dan akhirat. Amin


"I haven't failed. I've found 10,000 ways that don't work"

-- Thomas Edison (1847-1931)

Kalau kita dah terkenal, silap macammana pun, orang akan tertarik untuk mengetahui kenapa ia gagal. Tapi kalau baru nak  berjinak-jinak dalam penyelidikan, kalau salah, kesannya yang diberikan adalah negatif. Kalau tanpa motivasi dan kepercayaan yang tinggi dari orang lain, pasti kita akan putus asa. Tapi apa-apa pun Allah yang berkuasa. Dan segala ketentuan datangnya dari Allah. Mungkin kita gagal sebab ia bukan yang baik untuk kita. Kalau kita berjaya pun, tidak semestinya ia adalah baik untuk kita, mungkin untuk sementara waktu.

Yang paling penting, usaha selagi mampu, dan berserah pada Allah, kerana hanya Dia yang lebih mengetahui dan Dia juga yang menentukan segala-galanya. Semoga apa yang dicita-cita akan tercapai. Amin.

Teringat peristiwa kira-kira 4 tahun yang lalu. Masa tu pergi ke klinik dekat rumah. Memang selesa dengan Dr. S, satu-satunya Dr kat klinik tu, dan dia juga pemilik klinik tu. Memang bertahun-tahun lamanya, kami anak beranak dirawat oleh beliau, sebab dia juga panel doktor kami. Yang seronoknya Dr S nie, bila dia ada kesempatan, dia akan kaitkan penyakit, dan penawar dengan kisah-kisah dari Al Quran. Biasanya bila dia tengok den nie macam terlalai sikit, panjang la cerita Dr S tu haritu. Nak-nak bila tak ramai orang lagi dia nak rawat. Rasa semakin rapat pulak dengan Dr S (lama betul tak jumpe beliau, ada lagi ke tak kat klinik tu).

Suatu hari, semasa menerima rawatan dengan Dr S, dia nampak sedikit sedih haritu. Dia pun kurang bercakap. Kalau tak macam-macam cerita kuar dari mulut dia, kebanyakannya pasal patient dia haritu. Bila dia dah nak abis merawat tu, dia pun mula la bersuara, mula-mula tak berapa jelas la dia nak cakap ape. Den pun masa tu otak tengah melayang ke tempat lain, kerja masa tu memang tengah banyak, datelines silih berganti. Dengan tak sihat lagi. Masa tu memang emosi sedikit terganggu, sebab tengah berusaha untuk dapatkan adik untuk si yaya, yaya pun dah nak masuk 4 tahun masa tu. Mungkin disebabkan stress, sampai kelihatan dekat muka. Dr S pun tahu kami sedang berusaha untuk dapatkan baby. Tapi selalunya dia kalau bagi nasihat pun dalam itonasi yang lembut. Tapi kali nie, seakan ada benda yang mengganggu perasaan dia. Dia cerita tentang rezeki, tentang kesusahan, tentang putus asa. Dan paling kerap dia sebut, "Allah kan dah bagitau, minta pada aku, minta la pada aku" berulang kali dia cakap macam tu. Bergetar juga la suara Dr S bila dia bercakap macam tu. Seakan marah pun ya jugak. Lama juga la den berada dalam bilik rawatan Dr S tu, kebetulan pulak memang takde patient lain menunggu kat luar. Den lebih banyak berdiam diri, sebab Dr S tak berhenti bercakap.

Tak lama lepas tu, dia terdiam semula, dan terus bagi prescription pada pembantu dia. Mungkin Dr S merasa lega, bila dapat luahkan apa yg sedang mengganggu fikiran dia masa tu. Tapi mungkin juga dia cuba nak menyampaikan sesuatu. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, terngiang-ngiang suara Dr S ditelinga, "Minta pada Allah, minta la pada Allah." Selepas insiden tu, takde lagi Dr S cakap dengan itonasi agresif. Semua kembali normal.

Lewat malam semalam, sebelum offline, tengok FB jap. Ada sorang kawan post video/audio kat bawah nie. "Never lose hope in Allah". Sumber asal di youtube.com. Den dload dan save dalam hdisk, esok2 kalau sedih, boleh la dengar ceramah Brother Belal nie. Kadang-kadang kita lupa, diri kita diuji, kadang-kadang kita bersangka buruk, tanpa sedari, semuanya datang dari Allah. Jom dengar, tak lame pun, 7 minit je.


p.s. Masih lagi terngiang-ngiang suara Dr S. Apa khabar beliau skrang ya?

 
yours truly,

2 comments:

Liza said...

Thanks for sharing the video on FB. The timing was perfect as I was also in an emotional roller coaster earlier this week. Hope you are feeling better and my prayers to you. Insyallah, everyhing will be alright

fazid said...

Thanks Liza. We should thank the person who recorded and uploaded it on the net. I read your latest entry, I can feel how sad and frustrated you were. Hope you have cool down ya. My dua is with you.