Are you looking for specific information such as Halal food in Brisbane, where to shop until you drop, and cooking ala Brisbane, key-in any word that you think relevant in the search box:

Friday, August 20, 2010

Ramadhan Day 9: Celoteh Yaya

Dah masuk hari ke 9 puasa. Dah tak tau apa nak masak dah, bila sibuk-sibuk nie rasa nak makan itu ini pun kurang, kalau ikutkan hati nak aje buka nasi dengan telur goreng aje...hahahhaha...tapi tak adil untuk atang dan yaya pulak. Pulak tu den dicutikan dari berpuasa nie, lagi la tak adil kan untuk orang yang berpuasa bila masak sempoi camtu yo. Tunggu weekend nie la kot-kot nak masak yang berat-berat sikit.

Ok...mood citer dalam bahasa ibunda den hari nie. Cuaca harinie tak la sejuk tapi tak la panas jugak, mendung kat luar, hujan awal pagi tadi. Nak berubah musim selalu camtu, hujan sekejap-sekejap, harap-harap hujung minggu nie tak la hujan, banyak baju nak basuh. Esok pun kami nak gi carik kotak untuk mula packing, tak boleh tunggu last minute, barang banyak. Almaklum 3 tahun lebih duduk sini, baju budak2 aje dah 3 kotak, baju mak abahnye dah baper, buku-buku, barang dapur mana nak bawak balik, mainan budak2 nie lagi. Jadi kena la packing awal-awal, mengurangkan stress yang memang sedia ada nie haaaa.

Harinie nak citer pasal yaya. Yaya nie masih lagi dalam peringkat belajar berpuasa, dia belum faham lagi kenapa kita wajib berpuasa, hukumnya dan nikmat berpuasa tu. Jadi kalau ada peluang untuk dia buka puasa tu, memang seronok la dia, macam hari sukan kelmarin, kami cutikan sebab tak nak dia buka puasa. Kalau ikut dia, dia sanggup aje buka puasa dan pergi sekolah. Mungkin sebab persekitaran kat sini, tidak menyokong dia untuk berpuasa. Den dulu masa kecik-kecik, nak buka sebab sakit ke, rasa ralat sangat. Sebab kawan-kawan semua puasa. Pulak tu bila jumpe kat surau untuk jemaah isya' dan tarawih, kawan-kawan mesti tanya, "kau puasa tak harinie?". Boleh kata soalan standard la bila jumpe kawan-kawan. Kat sekolah pun camtu gak, tengok segar semacam ke, aktif semacam ke, mesti kawan-kawan akan keluarkan soalan yang sama. Den nie pulak jenis yang happy sokmo yo, sampai ke universiti orang tanye soalan tu kat den. Adeh....

Ok...berbalik pada kisah yaya nih. Cabaran yang yaya kena hadapi bila berpuasa kat sini nie ialah, satu, cabaran kat sekolah, bila waktu rehat, tak boleh duduk kat kelas, jadi kena la kuar, lepak kat tempat-tempat lapang. Kat sini boleh makan kat mana-mana aje, takde tempat khas yang disediakan untuk makan. Jadi kat mana-mana yaya akan nampak orang makan, tapi tu kecik je cabarannye, sebab ramai kawan-kawan dia budak Malaysia, jadi sama-sama puasa. Cabaran yang paling besar untuk yaya, bila adik makan macam2 depan dia. Adik pulak jenis pemakan, kejap2 kang dia mintak biskut la, snek la, cokelat la, air itu la, air ini la, hahahahahha.... makan pulak depan kakak tu. Sabar aje la yaya tengok. Pernah sekali nampak yaya pegang fries, "Eh...yaya kan puasa" den cakap. "Tak...nie adik suh suapkan", yaya jawab. Adeh la adik....yang adik pulak tengah kunyah fries dengan penuh perasaan, yela, dia bukan tau ape-ape pun. Banyak kali la jugak lepas tu kalau adik nak makan ape-ape, suh dia makan ontok2 dulu jauh dari yaya. Kesian kat yaya tu.

Jadi satu hari nie, yaya terdengar den cakap ngan atang yang den tak puasa kan. Lepas tu dia tanye, "Mama, kenapa mama tak puasa?". Den pun bagi la alasan yang munasabah sikit. Lepas tu dia cakap, "Kenape Yaya kena puasa?" Ehh sudah, den pun cakap la, "yaya kena puasa sebab wajib, tak uzur macam mama". Lepas tu dia tanye lagi,"Aunty*** puasa tak?" Aunty *** nie merujuk kepada jiran selang sepintu dari kami. "Mama tak tau la Aunty puasa ke tak?". Lepas tu dia tanye lagi, "Aunty ### puasa tak?". Aunty ### pulak rujuk jiran seberang apartment kami nie. Haaa...dia mula la tu, dia ingat semua perempuan tak boleh puasa haritu. "Tak... Mama tak tau, bukan semua Aunty tak boleh puasa macam Mama harinie." Adeh... fenin kepala den nak terangkan. Lepas tu yaya boleh terima la yang dia kena puasa juga, tapi, ayat penutup bicara haritu yang paling mahal sekali, "Nanti Mama kena ganti tau". Haaa begitu la peringatan dari anakanda den yang sulung tu. Dia tau pasal ganti nie sebab dia minta untuk tak puasa hari sukan tu kan, jadi den cakap la, "Bukan boleh saje-saje buka puasa, kalau tak puasa kena ganti. Yaya nak ganti ke?", dia geleng kepala. Sekali dia balas balik kat den laaa.....

OK laa..itu aje untuk cerita harinie. Den nak sambung keje sikit. Lepas nie nak kena pikir ape nak masak untuk orang-orang berpuasa kat rumah nie ha. Sehingga jumpa lagi, selamat berbuka, biar sederhana.


yours truly,
 

4 comments:

Puan Ninie said...

seronok kan biler tgk yaya puasa..at least dia cube..ninie dulu kecik2 pon cube..:)

selamat berbuka ye sis .:)

fazid said...

haah ninie, lega dia nak berpuasa kan, tapi kena bagi alasan yang baik baru dia nak cuba :D

Liza said...

explaining to kids mmg payah skit, and perhaps because you are abroad makes it tougher, kalau in malaysia, her friends will be fasting too so she may be motivated to puasa as well, takpe, next year, Insyallah she will understand better

fazid said...

betul liza, surrounding plays a role as well, but alhamdullillah she wants to do it, and that what is important right now. we need to start from young kan.